Berita gembira buat penjawat awam dalam bujet 2018 nanti

Insya-Allah, beberapa khabar dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 pada 27 Oktober ini nanti

najib_bajet_2018

PUTRAJAYA 3 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mengumumkan be­rita gembira termasuk pe­nambahbaikan untuk seluruh 1.6 juta penjawat awam dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Oktober ini.

Perdana Menteri berkata, beliau memahami bahawa ramai ka­kitangan kerajaan amat ternan­ti­-nanti dengan pengumuman kha­bar gembira tersebut.
“Saya faham, ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman tertentu.
“Insya-Allah, beberapa khabar dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 pada 27 Oktober ini nanti,” katanya berucap dalam majlis Amanat Perdana Perkhid­matan Awam Ke-15 (MAPPA XV) di Pusat Konvensyen An­ta­rabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Pada masa sama, Najib memberitahu, sejak lapan tahun ke­be­lakangan ini, kerajaan telah me­laksanakan pelbagai inisiatif dan penambahbaikan demi membela kepentingan serta kebajikan penjawat awam.
Katanya, antara usaha tersebut adalah kenaikan gaji penjawat awam sebanyak tujuh hingga 13 peratus, menaikkan pencen minimum dari RM720 kepada RM820 bagi mereka berkhidmat selama 25 tahun atau lebih dan menyetarakan pangkat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan perkhidmatan awam.
“Selain itu, penetapan gaji terendah dari RM832 kepada RM1,200 sebulan bermula Julai 2016 dan pemberian pergerakan gaji sebanyak tiga peratus setahun kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum,” katanya.

Null

Menurut Perdana Menteri, kerajaan selain itu melaksanakan penambahbaikan daripada sudut kebajikan penjawat awam yang merangkumi soal perumahan, bantuan sara hidup dan kenaikan imbuhan.
“Sejak 2013, kerajaan melancarkan Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M yang mana sebanyak 200,000 unit kediaman akan disiapkan menjelang 2020.
“Malah imbuhan tetap perumahan atau ITP dinaikkan kepada RM300 sebulan pada 2015, manakala 25 peratus ITP turut diterima kakitangan kerajaan yang mendapat kemudahan kuarters.
“Apa yang penting di sini, ke­semua kemudahan yang imbuhan yang dinikmati oleh penjawat adalah hubungan kerjasama yang kukuh antara kerajaan yang baik dan perkhidmatan awam yang cekap lagi efisien,” katanya.

Artikel Asal : Dari Facbook “Firdauz Sham Shuib”

Leave your vote

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Null

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *