Tips yang menarik hari ini “Cara beli kereta Tanpa Loan”

Semoga bermanfaat untuk kita semua

Loan Kereta

Cara beli kereta cash tanpa loan

Boleh cuba apply salah 1 cara di bawah
atau apply semuanya :

Tak apply pun takpe, aku tak rugi pun.
Yang buat loan tu gerenti menyesal.

Loan kereta (2)

1. Kutu
………….

Cari gang kutu 10 orang yang bayaran sebulan RM1,000. Maksudnya sebulan cabutan dapat RM10,000 sorang, bayaran selama 10 bulan. Bolehlah beli kereta cash harga RM10,000.

Jika nak beli kereta harga RM20,000 maksudnya main kutu 20 orang, sebulan ada RM20,000. Bayaran selama 20 bulan jika keluarkan RM1,000 sebulan. Ataupun bayaran sebulan RM2,000 seramai 10 orang.

Depend la, kalau nak kereta lagi mahal, kenalah spend main kutu tu banyak lagi drag sampai 9 tahun pun takpe janji takde riba. Harga kereta rm50k bayar pun rm50k.

Lama ke 10 bulan, 20 bulan ? Sebenarnya sekejap je, yang penting takde sebarang hutang ataupun riba. Lambat sikit takpe asalkan tak perang dengan Allah dan rasul.

5 tahun, 7 tahun, 9 tahun jadi hamba bank lagi lama dan penat siap ada interests yang menindas. Kereta makin lama makin turun harga, makin buruk.

.2. Simpan 50% pendapatan sebulan
…………………………………………………..

Katakan sebulan income sama ada bisnes atau bekerja RM5000, pejamkan mata ambil RM2500 untuk simpan. Survive hidup dengan RM2,500 lagi tu. By hook or by crook u have to accept that ur salary only rm2500 for month.

Jika nak beli kereta harga RM20,000 maknanya kena menyimpan selama 8 bulan secara konsisten.

ALHAMDULILAH 8 bulan tanpa interests aka riba jauh lebih berkat dan halal berbanding 9 tahun bekerja untuk bank.

Jika hanya mampu menyimpan RM1,000 secara purata beerti anda hanya perlu menyimpan selama 20 bulan untuk membeli kereta secara tunai.

Jangan risau harga kereta sentiasa turun.

Pastikan jika nak beli kereta cash, cari yang puas hati untuk pakai jangka masa lama.

Jika lagak tak padan ukuran badan nak kereta cash harga RM100k, RM200k tu maksudnya masih tak sedar diri, masih ingat dunia ni kekal abadi seolah2 tidak ada kehidupan seterusnya.

Hidup biar ala kadar sesuai dengan diri, jika diri mampu beli kereta RM200K TUNAI, Rm500k tunai go on tapi jika tak mampu usah menipu diri sendiri.

.3. Bisnes
…………….

Mulakan bisnes dari sekarang. Carilah jalan untuk bisnes, kerana peluang bisnes sekarang semakin terbuka tambahan pula dengan adanya dunia tanpa sempadan internet ni lebih memudahkan perjalanan bisnes.

Pokoknya, nak ataupun tidak sahaja. Bisnes dengan apa yang ada di tangan. Jangan berhutang, kerana hutang ni menjerut leher sendiri. Nabi ajar doa agar lindung dari hutang tapi ramai yang ajar cara berhutang. Tepuk dada tanya iman nak follow cara orang kebanyakan atau cara nabi.

Null

Dengan bisnes, anda boleh naikkan pendapatan dengan izin Allah. Memang bisnes ada untung rugi, tapi untung bisnes ni jika disertakan doa, usaha, tawakkal memang berbaloi sebab kita bekerja untuk diri sendiri bukan untuk yang lain.

Untung dari bisnes tu, simpan sedikit demi sedikit insyallah boleh beli kereta cash, ramai dah yang memiliki kereta cash hasil dari bisnes.

Cuba tengok kaum cina yang sinonimkan hidup dengan bisnes sejak dari kecil, so mereka dah biasa life secara realiti untuk bisnes. Tak perlu tunggu lepas spm, lepas diploma atau degree untuk bisnes. Bisnes dah jadi warisan turub temurun.

.4. Jangan amalkan pinjam duit parents, adik beradik, sedara mara atau kawan untuk tujuan beli kereta.
…………………..

Walau takde interests atau riba pun jangan sesekali pinjam duit untuk beli kereta kerana kereta ni bukan sumber pendapatan malah kita kena bela kereta tu dari segi petrol, mentenen, roadtax, insurans, tol dan lain2 lagi.

Nanti pinjam duit parents, adik beradik akan bergaduh kemudian hari, jangan ingat pinjam duit ni boleh buat diam mentang2 tu mak ayah kita sebab duit tu nanti akan jadi pusaka bila mereka tiada, so bila tak bayar telanlah duit pusaka tu sambil dibakar api neraka Allah bila mati semata2 kau nak berlagak beli kereta nak tayang kat orang, nak orang puji kau kaya padahal tu hasil hutang.

.5. Jika dah berjaya kumpul cash yang dikehendaki untuk beli kereta better tahan nafsu sekejap, beli dulu lembu atau kambing.
…………………………….

Sebab mereka ni boleh beranak pinak, kena pandai cari yang bukan mandul kena belajar ilmu seluk menyeluk sampai ke dalam kemaluan depa. Once dah beranak pinak, lembu atau kambing yang dah beli tadi tu boleh jual semula untuk beli kereta. So untunglah kereta cash ada, lembu kambing pun ada.

Ingat ya abam just nasihat, beli kereta ikut kemampuan bukan kehendak. Beli cash lagi jimat dan untung dari beli secara loan.

Cuma yang kena ada pada diri bersabar, doa, usaha dan tawakkal. Jangan sesekali niat untuk berperang dengan Allah dan rasul nescaya anda takkan menang sekalipun seluruh makhluk berkumpul.

Sumber Asal: Daripada Facebook Pendekar Muda

Leave your vote

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Null

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *